Monday 17 August 2015

Mengapa Australia? Apa yang ada kat sana?

Selamat datang ke halaman blog ini..

Assalamualaikum..

Pertama sekali, kenapa google "kerja Di Australia?"

Tentu anda pernah dengar cerita dari kawan , mak ayah, makcik pakcik, jiran sebelah rumah, anak tok penghulu dan sebagainya tentang kerja di Australia. Sama ada berminat terus dengan cerita yang didengar atau nak tau lebih lanjut tentang peluang kerja yang ada kat Australia nih.

Saya nak taip panjang panjang pun bukannya saya blogger,,
Tapi nk share ape yang saya alami sendiri selama kerja kt Australia nuu,..

Tentu perkara pertama bila dengar kerja di Australia ni gaji lumayan bukan?
terus terang memang gaji die lumayan habaq ampa..
TAPI gaji yang lumayan tu bagi yang boleh buat kerja jela,,,,
kalau pegi keje pun malas, niat nk HOLIDAY semata mata, serius lepas duit makan ngan sewa rumah aje lah kt sana.

Niat masing masing mungkin berbeza nk pergi ke Australia nih..
Antaranya yang terlalu biasa saya dengar:

1. Nak gaji tinggi la bang, Malaysia dah kerja macam macam, xleh pegi jugak

2. Fresh start, baru cerai, lari dari bf/gf

3. Carik duit nk kahwin

4. Banyak hutang la bang, takde cara dah nk setel

5. Ubah hidup, nak antar mak ayah pegi umrah,

dan macam macam lagi alasan masing masing.

Semuanya berputar dalam satu tujuan utama iaitu "DUIT".

Sembang tak guna tembak tak kene,..

Tanpa berlengah, pengalaman saya ke Australia-

Saya ke Australia pada 1 March 2014.

Nekad je masa nak pegi anak kecil lagi, pikirkan keje pun tak berapa berjaya kat tanah air, so bincang punya bincang ngan wife ngan mak ayah, dapat la saya pergi ke Australia dengan harapan nk setel hutang hutang mana yang patut.

Pergi masa tu 11 orang, masing masing tak kenal satu sama lain, jumpa masa nk boarding flight ngan ejen yang menguruskan kami semua.

Nak dipendekkan cerita, naik flight kat KLIA malam, sampai je kt Melbourne Tullamarine Airport 8.30pagi, Alhamdulillah lepas kaunter imigresen tanpa ada masalah sebab semua 11 orang bawak beg pun biasa biasa aje, dengan keperluan standby untuk tempoh seminggu aje.. Sebab masuk pun dengan visa pelancong, so gaya pun kene la macam pelancong, tapi melencong la.. pegi keje.

dari Airport kami semua di pick up oleh member yang ada homestay di pinggir bandar melbourne. stay satu malam kt sana. Kat area homestay tulah kami mula biasakan diri dengan cuaca kt Austraia ni, cuaca yang agak dingin, dalam musim luruh waktu tu. masa tu jugak cari simkad nk report kat bini, mak ayah, dah selamat sampai kt overse..haha..
Keesokan paginya  member tu antar kami semua ke Southern Cross Station, stesen keretapi sentral di Melbourne.




Southern Cross Station - Tengah cari kaunter tiket V-Line ke Swan Hill

Member sekapal bergambar depan Etihad Stadium Melbourne



Destinasi seterusnya Swan Hill, lingkungan 5jam dari Melbourne dengan keretapi...

Cerita dalam tren.. layan pemandangan sepanjang jalan, seluas mata memandang Australia nih.. kiri kanan ladang.. gandum, ladang ternakan, ladang makanan ragut binatang ternakan dll.

Okay, sampai dah Swan Hill.. mercu tanda utama Swan Hill bukan angsa dari namanya tetapi ikan Kod (Murray Kod)




Masa di Melbourne dah call kontraktor di Swan Hill ni bagitau kami naik keretapi pukul berapa, so sampai je kat stesen kontraktor dah tunggu.

Kat Swan Hill kontraktor bawa kami membeli belah, beli sleeping bag, beli barang makanan untuk seminggu, periuk kuali, pinggan mangkuk, dan sebagainya..

banyak shortcut la dalam cerita nih..haha.. tak larat nak taip, jari sengal sengal lagi akibat pruning..

So dah setel beli belah, kami dihantar masuk rumah, rumah selasa walaupun farm house. ade semua kelengkapan seperti microwave, peti sejuk, dapur gas/ elektrik, sofa, so kami biasakan diri lah kt umah tu, biasakan diri dengan cuaca, dan persekitaran rumah..


Keesokan hari dah mula kerja.. dah datang bulan 3 kat Swan Hill ni, kene layan ladang sayur lah dulu..

So lagi dipendekkan cerita dah serasi lah semuanya keje kt sini.. mana yang tak serasi dengan keadaan kerja dan cuaca, dah balik ke Malaysia dalam tempoh seminggu dua. yang kental je stay teruskan kerja..So kerja kat sini semuanya memerlukan fizikal dan mental kuat.. cepat mengalah, susah la bang..

Tekad kene kuat bang.. modal dah keluar, bukan sikit sikit, RM8000.. jenuh kalau x balik modal.

Okaylah, cerita pasal gaji kt Swan Hill ni.
Purata gaji mula 13dolar, kerja dalam 8-10 jam...  dah saya sampai waktu tu musim sayur, heavy hours dengan zukini, squash, capsicum, cili merah, labu, kobis, so dalam smggu kalau tak hujan memang 8 jam tetap.

Kos sewa rumah $85 seminggu
Kos transport $6 sehari
Seminggu = $42

Kiraan gaji mingguan

$13x 8 = $104 sehari

per week $104 x 7 = $ 728
(tolak sewa rumah semggu dengan transport smggu)

balance = $601 semggu

pandai berjimat, boleh la simpan lebih.
Macam saya, pelaburan kedua selain kos datang ke Australia saya labur pada kelengkapan kerja seperti beli seluar baju kerja kat kedai terpakai iaitu Salvation Army, Vinnies, dan but kerja.

Pendapat peribadi saya, pengalaman pertama kerja di Swan Hill bagus untuk yang baru sampai ke Australia ni, kene gasak ngan farmer, baru lah tahu kerja hourly mcm mana..  Pelan pelan amek feel,  lama lama kerja pun laju dan ade kualiti, farmer pun senang hati.

Kesian jugak tengok member yang kerja agak lambat, farmer tak puas hati kene balik on the spot.. so kontraktor kenelah carikkan farm lain pulak untuk die keje esok..

Kesimpulannya, masa mula masuk ladang bagi first impression baik kat farmer, kerja sungguh sungguh nescaya tak dibuang.

Perjalanan saya di Australia..

March 2014 - Disember 2014 = Swan Hill
Disember 2014 - May 2015    = Shepparton
May 2015 - June 2015            = Bendigo/ Castlemaine
June 2015 - Julai 2015            = Swan Hill/ Piangil


Selama di Swan Hill, selesai hutang hutang yang menyemakkan kepala, wife pun dah berenti keje, mula berniaga online full time dari rumah.

Di Shepparton saya belajar petik buah secara kontrak yang mana pulangan lagi lebat. kalau tangan laju petik buah.

Di Swan Hill selalu dengar tentang keje kontrak yang boleh cecah $200-$300 sehari, agak menarik, tu yang cuba nasib kat Shepparton memandangkan saya sndiri buat keje laju..hahah

Kt Shepparton memang betul, musim buah pear, satu bin di bayar $30 -$32 dolar, so saya dengan sorang partner, tiap tiap hari petik 14 bin. bahagi dua = $210 purata sehari.

Rekod peribadi terbaik saya adalah $296 sehari memetik nektarin kontrak dengan bayaran $32 sebin. Bukan selalu, semggu mungkin sekali dua, tetapi bila hari hari selebihnya maintain $180- $2++ dapat gaji minggu tu pun syok .

Pendapatan di Australia rata rata bergantung pada kemampuan diri masing masing, kalau boleh petik buah dengan laju, tak mustahil nak dapat lebih. kiraan kasar, $104 sehari x RM2.85 tukaran wang kita, RM296.40.. hampir RM300 sehari.. setip titik peluh berbaloi dilaburkan kt Australia..

Sebelum saya balik ke Malaysia, sempat saya buat pruning si Swan Hill/ Piangil, dengan gaji kontrak, boleh tengok gaji mingguan saya sebagai bukti..


Saya - Rosdy

Pokok Nektarin yang selesai pruning












Not bad untuk kerja di musim sejuk. Purata $700 - $1000  bersih seminggu. hujan paling kerap turun pada musim sejuk, kadang kala 3 hari hujan tanpa henti.. tanah basah, pokok basah tak sesuai nak bekerja.

Akhir kata peluang banyak kat Australia, pikirlah masak masak nak cuba atau tidak. eukanlah takde peluang yang baik kat Malaysia, tapi bila adanya sistem kroni, politik tempat keje yang entah apa apa, memang susah nak carik makan.. kat Australia  ni lain, memang guna kudrat 100%, jarang ada politik kerja, kalau ade pun, jarang jarang, farmer pun takkan simpan orang yang pandai cakap tapi tak boleh bekerja..


Agak berterabur jugak karangan saya ni.  Taip mana yang terlintas aje .. Harap faham lah ye setakat nih..

Bagi yang berminat nak berhijrah ke Australia boleh:






HUBUNGI/SMS/WHATSSAP:

RODY:
017-6329864 016-6279040